PERMOHONAN MAAF

PERMOHONAN MAAF POCKET DATA (M) SDN BHD ATAS MASALAH TEKNIKAL KETIKA PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Pocket Data (M) Sdn Bhd selaku syarikat yang dilantik dan bertanggungjawab menyelia dan memantau perjalanan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), oleh yang demikian pihak syarikat dengan rendah diri memohon jutaan maaf kepada semua calon-calon yang menduduki PSEE pada 27 Ogos 2020.

PSEE bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 mengandungi tiga Seksyen iaitu Seksyen A: Pengetahuan Am, Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris. Telah berlaku masalah teknikal pada Seksyen A yang menyebabkan calon-calon gagal mengakses dan menduduki peperiksaan online untuk seksyen tersebut pada waktu yang telah ditetapkan. Namun, Seksyen B dan Seksyen C telah berjalan seperti biasa.

Pocket Data (M) Sdn Bhd telah menjalankan proses pembaikan dan pemulihan serta-merta dan mendapati punca utama masalah teknikal tersebut adalah disebabkan oleh janaan masa server berbeza dengan masa sebenar. Peperiksaan Online untuk Seksyen A telah dibuat penjadualan semula pada jam 2 petang hari tersebut dan telah berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Pocket Data (M) Sdn Bhd amat menyesali akan kejadian tersebut dan amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh calon-calon akibat masalah teknikal yang dihadapi. Kami benar-benar ingin memohon maaf secara terbuka kepada calon-calon yang berkenaan dan juga kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kami berjanji akan mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini agar ianya tidak berulang pada masa akan datang.

Sekian.
Pocket Data (M) Sdn Bhd
1 September 2020


Latest Tweet

Get in touch

    Address: 4809-2-35, Block 4809, CBD Perdana 2, Persiaran Flora, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor

  • Phone: (+03) 8322-2467

  • Email: enquiry@pocketdata.com.my